Hasil Penulisan
Buku

Memoir Mangsa Kekejaman Khmer Rouge Tahun 1975–1979 oleh Dr Nurhidayu bt Rosli mengangkat kisah penderitaan rakyat Kemboja di bawah pemerintahan Khmer Rouge. Karya ini menelusuri pengalaman mangsa yang berdepan pemindahan paksa, kerja berat, kebuluran, dan kehilangan insan tersayang, sambil menonjolkan ketabahan serta kekuatan jiwa dalam menghadapi penindasan. Memoir ini turut berfungsi sebagai peringatan sejarah tentang kekejaman rejim dan kepentingan kemanusiaan.
Harga : RM 25.00

Buku Pendemokrasian AK Parti di Turki menghuraikan evolusi politik Islam di Turki daripada kejatuhan Empayar Uthmaniyah hingga kemunculan AK Parti. Dalam kerangka negara sekular pasca-Atatürk, gerakan Islam berdepan pelbagai sekatan daripada elit tentera dan golongan sekular. AK Parti muncul sebagai alternatif dengan pendekatan konservatif-demokrat yang menggabungkan prinsip demokrasi dan nilai Islam. Proses pendemokrasian dilaksanakan melalui Europeanisasi dan Islamisasi, yang membantu merapatkan jurang antara Islamis dan sekular serta memperkukuh legitimasi politik. Namun, cabaran seperti isu kebebasan agama dan kecenderungan autoritarian masih berterusan dalam landskap politik Turki.
Harga : RM 25.00

Buku ini memaparkan panduan memahami lelaki buat wanita yang ingin mencipta perhubungan sukses bersama lelaki berdasarkan rujukan penulisan beberapa konsultan perhubungan terkenal antarabangsa dan daripada contoh sebenar pengalaman- pengalaman peribadi wanita di sekeliling penulis.
Sebanyak 6 bahagian diperuntukkan bagi membincangkan kesilapan yang sering wanita lakukan dalam perhubungan fakta mengenai lelaki dan petua serta panduan pratikal bagi mendapatkan perhubungan yang diimpikan.
Harga : RM 25.00
